Sunday, July 3, 2011

Ibu permata hatiku~~~

Pasti semua orang di dunia ini sangat menyayangi ibu mereka. Seorang ibu boleh diibaratkan sebagai permata yang tidak ternilai dan tidak boleh ditukar ganti. Ingin ku perkenalkan ibuku kepada kalian. Aku memanggil ibu dengan gelaran “ma”. Bagi aku ma seorang wanita yang hebat dari segi mental dan fizikal. Ini kerana ma dapat membesarkan kami tiga beradik seorang diri sehingga berjaya. Ayahku telah meninggal dunia sejak aku berumur 11 tahun. Sejak itu ma harus membesarkan kami dengan kudrat yang terdapat pada dirinya. Sewaktu kecil aku tidak memahami keperitan yang dilalui oleh ma. Ku selalu menyalahkan ma kerana tidak mempunyai banyak masa untuk bersama aku. Aku cemburu akan teman-teman yang lain apabila selalu ditemani ibu mereka. Aku merasakan yang ma tidak adil terhadap diriku…..lagipun aku sudah tidak mempunyai ayah yang boleh menyayangiku. Tetapi masa itu aku tidak memahami keperitan ma yang bekerja keras mencari duit untuk membesarkan kami. Ma penat bekerja seharian tetapi aku tidak memahaminya……..apabila aku ingat kembali aku akan menangis kerana tidak memahami ma. Ma akak minta maaf dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut kerana tidak memahami keperitan yang  dilalui oleh ma.
           
            Aku mula memahami kesibukan ma ketika diriku meningkat remaja. Aku akan menolong ibu melakukan kerja di rumah apabila ma sibuk bekerja. Aku tahu pertolongan ku yang tidak seberapa ini memberikan  makna yang besar kepada ma. Mungkin sikap ma dengan aku mempunyai persamaan, kami tidak akan meluahkan perasaan secara bersemuka tetapi melalui tindakan. Aku tahu untuk membanggakan ibu aku harus belajar sehingga membolehkan aku menjejakan kaki ke menara gading. Masa persekolahan menengahku aku tahu ma berasa bangga dengan ku tetepi ma tidak pernah meluahkannya…..aku tidak menyalahkannya kerana aku juga bersikap demikian. Guruku sering memuji ma kerana ma dapat membesarkan anak tanpa bantuan sesiapa sejak kematian ayah. Guruku sering bertanya tentang ma….Aku pula tidak terdetik dihati untuk merasa malu dan menceritakannya segalanya kepada guruku. Ma bekerja sebagai tukang cuci atau cleaner di sebuah sekolah rendah. Sebelum bekerja sebagai tukang cuci ma pernah berkerja sebagai pekerja kilang. Aku tidak malu akan pekerjaan ma malah aku sangat bangga dengannya. Ini kerana ma mencari rezeki yang halal untuk membesarkan ku. Gaji ma setiap bulan hanya RM500. Masa itu aku tidak seperti budak lain yang boleh berbelanja sesuka hati mereka. Aku pula memikirkan yang aku tidak boleh meminta duit daripada ma kerana gaji yang ma peroleh hanya cukup untuk perbelanjaan rumah. Aku mengerti akan perkara dan aku tidak menyalahkan walaupun kadang-kadang aku irihati dengan rakan-rakan….hihihihi. Aku bernasib baik kerana aku mendapat biasiswa sewaktu persekolahan menengahku. Duit biasiswa itulah yang aku gunakan untuk membeli buku, yuran sekolah, dan sedikit barang keperluan harian malah duit biasiswa aku boleh simpan untuk kegunaan di masa hadapan. Aku jarang keluar rumah untuk shopping. Kalau keluar bersama dengan ma. Kalau aku keluar pun bersama teman terbaik dan terapat dengan aku. Itupun sekadar keluar untuk mehilangkan rasa bosan….kalau boleh dikira aku cuma keluar sebulan 2 kali dengan teman.

            Sekarang aku sudah menjejakan kaki ke menara gading. Aku tahu ma sangat bangga dengan aku kerana mampu berjaya walaupun tanpa bantuan orang lain. Bagi aku apa yang aku dapat pada hari ini adalah usaha aku sendiri dan galakkan yang aku dapat daripada ma. Aku berjanji aku menjaga dan memberi kesenangan kepada ma sehingga hembusan nafasnya yang terakhir….Aku tidak boleh membalas budi dan jasanya kepadaku dengan menggunakan wang kerana wang tidak boleh membeli segalanya…Jasa ma kepada kepadaku terlalu besar seperti matahari yang menyinari bumi dan membolehkan manusia hidup. Aku sangat menyayangi, mencintai, dan memerlukannya dalam kehidupan dan seluruh ragaku. Ma seorang wanita yang terbaik, terhebat di dunia bagi diriku dan tidak bolek diganti dengan apapun di dunia. Somaga Allah S.W.T sentiasa menjaga dan melindungi  ma daripada sebarang kehancuran duniawi. Semoga ma bahagia disamping aku kerana aku sangat menyayanginya seumur hidupku........

Ibu bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian



Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa



Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu



Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku



Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan



Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...



Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

No comments:

Post a Comment